NEWS
Back To News
Assalamualaikum w.

Oct 29, 2020

b.t.

Mencintai Nabi Muhammad s.a.w merupakan kewajipan bagi setiap Muslim. Seorang muslim yang mengaku mencintai Rasulullah s.a.w. semestinya sentiasa berusaha untuk meneladani sunnah baginda s.a.w. dalam kehidupannya kerana apa erti sebuah pengakuan cinta tanpa bukti?

Allah SWT berfirman:

إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab (56))

Oleh itu, sempena bulan Rabiul Awwal, bulan kelahiran junjungan baginda Nabi Muhammad s.a.w dan seterusnya marilah sama-sama kita memperbanyakkan selawat, menghidupkan sunnah baginda dan berusaha mengikuti akhlak baginda kerana sesungguhnya baginda adalah contoh teladan terbaik.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إبْرَاهِيمِ إنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Maksudnya: Ya Allah! Berilah selawat ke atas Muhammad dan kerabat Muhammad seperti mana Engkau berikan selawat ke atas kerabat Ibrahim dan berkatilah ke atas Muhammad dan ke atas kerabat Muhammad seperti mana Engkau memberkati ke atas kerabat Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung.

Semoga segala kebaikan yang dilakukan mampu meraih cinta Allah dan syafaat baginda di akhirat kelak. Amin. 🤲😍

View On Facebook
Turn your Facebook Page into a website, instantly.

Try now for 14 days FREE

No credit card required, unsubscribe at any time. pagevamp.com