NEWS
Back To News
AUM @ BIGBLUE.

Oct 5, 2020

TV!

Terima kasih BigBlue.tv kerana sudi menjemput kami di Akademi Usahawan Mikro untuk berkongsi tentang Realiti Sebenar seorang Usahawan.

Banyak yang saya kupaskan sebentar tadi.

Di antaranya adalah cabaran dalam mengekalkan perniagaan ketika krisis Covid-19 dan juga bagaimana Pendigitalan boleh membantu usahawan lebih relevan dalam industri.

Saya juga banyak mengupaskan tentang keberkesanan bantuan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan dan bagaimana usahawan mengambil peluang dengan semua inisiatif yang telah dikeluarkan kerajaan bagi membantu meneruskan perniagaan.

Selain itu kami juga bincangkan persaingan dan juga ketersediaan usahawan untuk menghadapi cabaran yang lebih getir dalam Krisis Covid-19 dan juga membawa usahawan untuk lebih akses kepada pasaran bukan sahaja di Malaysia malah juga di luar negara.

Terima kasih juga kepada sahabat media saya Tuan Fitri kerana sekali lagi sudi menjemput saya berkongsi ilmu.

Semoga perkongsian saya tadi memberi manfaat dan Sedikit sebanyak menyuntik semangat agar usahawan lebih kekal dan cekap dalam menghadapi cabaran mendatang dan meneruskan perniagaan sehingga berjaya.

#AumMengaum #Digasto #DigitalIsNow

View On Facebook
Turn your Facebook Page into a website, instantly.

Try now for 14 days FREE

No credit card required, unsubscribe at any time. pagevamp.com