NEWS
Back To News
AUM DIGASTO HAVOC @ SITEC!

Jan 31, 2020



ALHAMDULILLAH kelmarin Akademi Usahawan Mikro AUM sekali lagi dijemput oleh Selangor IT & Ecommerce Council SITEC sebagai pembuka bicara tahun 2020 ini untuk berkongsi tentang Social Commerce - Cara Mudah Memulakan Perniagaan Online.

Kami di Akademi Usahawan Mikro AUM sangat teruja apabila melihat kesungguhan peserta yang datang dari serata Selangor dan Malaysia 🇲🇾 untuk sama-sama menimba ilmu yang bermanfaat untuk mereka memulakan perniagaan Online.

Bila saya lihat semangat ✊ mereka apabila dapat belajar berkenaan Social Commerce, kami sendiri juga rasa bertuah kerana berpeluang berkongsi pengalaman kami dalam membimbing Usahawan Mikro dan IKS seluruh negara dalam proses mendigitalkan perniagaan masing-masing melalui Solusi Digital DIGASTO - Facebook Powered SME Webstore kami sepanjang setahun lepas.

Terima kasih Team SITEC atas jemputan dan terima kasih kepada semua yang sudi hadir. Semoga ilmu bermanfaat buat semua.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai Sesi Digital Marketplace Marketing kami di Akademi Usahawan Mikro AUM bolehlah layari https://dmmedition30.eventbrite.com

View On Facebook
Turn your Facebook Page into a website, instantly.

Try now for 14 days FREE

No credit card required, unsubscribe at any time. pagevamp.com