NEWS
Back To News
DIALOG BELANJAWAN NEGERI SELANGOR

Sep 7, 2020



Alhamdulillah Akademi Usahawan Mikro AUM dijemput ke Sesi Dialog Belanjawan Negeri Selangor pada pagi ini.

Perbincangan banyak berkisar dengan cabaran ekonomi & sosial terutamanya dalam menghadapi Krisis Covid-19.

Banyak Bantuan Ransangan Ekonomi yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor, namun banyak lagi yang masih dalam perancangan untuk membantu rakyat terbanyak di Selangor.

Sebagaimana yang kita ketahui Cabaran Krisis Covid-19 ini memang tidak pernah terjangkau akal fikiran kita, namun yang penting kita perlu sentiasa dinamik dalam membuat keputusan dalam meneruskan kehidupan kita baik dari segi kerjaya, perniagaan & kehidupan kita semua.

Terima kasih Pasukan SUK Selangor & Exco Pembangunan Usahawan Negeri Selangor YB Rodziah Ismail lkerana sudi menjemput kami dalam menyatakan hasrat rakyat Selangor terutamanya dalam Pembangunan Usahawan Mikro, Digitalisasi & Pembaikpulihan Miskin Bandar.

Semoga 2021 memberi satu sinar baru dalam kehidupan kita bukan sahaja di Selangor malah di seluruh negara.

Sekiranya anda ada sebarang cadangan, jemput komen di bawah ye.

Terima kasih semua.

#KitaJagaKita #KekalTenang #DigitalIsNow

View On Facebook
Turn your Facebook Page into a website, instantly.

Try now for 14 days FREE

No credit card required, unsubscribe at any time. pagevamp.com