NEWS
Back To News
KENANGAN 2020.

Jan 1, 2021

.

Antara kenangan peribadi terindah sepanjang Pandemik Covid-19 2020 ini..

1. Sayu melihat rakyat Malaysia sedih dalam hadapi pandemik COVID-19 😭

2. Terpaksa solat di tepi-tepi jalan dan di tepi parking kereta semata-mata untuk meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Muslim apabila surau dan masjid ditutup 🥺

3. Dipanggil oleh pelbagai media massa seperti Astro Awani, RTM, Bernama TV, TV3 The Star dan sebagainya untuk membincangkan cabaran Pendigitalan PKS di seluruh Malaysia ketika pandemik COVID-19 😍

4. Terpilih memenangi dan menjadi finalis dalam pelbagai anugerah di peringkat Malaysia dan antarabangsa 😁

5. Berjaya meneruskan impian untuk menyimpan rambut yang panjang dan akhirnya kekal berambut panjang selepas lebih dari setahun 🧑

6. Sempat merasa kenikmatan durian apabila pkpb dijalankan dan boleh mula bergerak dengan kenderaan persendirian🍈

7. Pengalaman istimewa apabila perlu work-from-home dan juga menjalankan program keusahawanan digital dalam bentuk virtual 👨‍💻

8. Mula berniaga telur ayam, suatu Bisnes yang tidak pernah saya jangkakan saya akan ceburi 🐔

9. Merasai kenikmatan berniaga makanan basah seperti ikan dan sotong menjadikan saya seorang usahawan yang lebih berani mencuba sesuatu yang baru dan terus kekal mencari idea baru untuk memastikan perniagaan boleh berjalan dengan lancar 🐙🐟

Semoga 2021 juga akan disajikan dengan kenangan istimewa yang lebih indah.

Anda sudah bersedia? 🙏😁

Azharee Wahid
Ketua Pegawai Eksekutif
Akademi Usahawan Mikro AUM

#bestofnine #byebye2020 #welcome2021

View On Facebook
Turn your Facebook Page into a website, instantly.

Try now for 14 days FREE

No credit card required, unsubscribe at any time. pagevamp.com