NEWS
Back To News
MAJLIS PENANDATANGANAN MOU & PERJANJIAN KERJASAMA ANTARA MULTIMEDIA UNIVERSITY (MMU) , PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN MMU

Nov 26, 2020



CYBERJAYA – Pada 18 November 2020, bertempat di Academic Chamber, Level 3, Chancellery Building, MMU Cyberjaya telah berlangsungnya Majlis Penandatanganan MOU & Perjanjian Kerjasama Antara Multimedia University (MMU), Akademi Usahawan Mikro (AUM) Dan Pusat Pembangunan Keusahawanan MMU (EDC @MMU).

Dalam pada itu, majlis yang penuh gilang- gemilang itu dirasmikan oleh YBhg Prof. Dato’ Dr. Mazliham Mohd Su’ud selaku Ketua Pegawai Eksekutif / Presiden, Multimedia University (MMU) dan berlangsung secara hybrid-virtual. Majlis itu juga turut dihadiri oleh Tuan Yu Peng Chian, Presiden Kelab Startup Melaka, Tuan Terry Swee, Pengasas Wonson Sdn Bhd serta Tuan Abd Azharee Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro (AUM) & wakil dari Pusat Pembangunan Keusahawanan MMU (EDC @MMU).

Antara objektif perjanjian yang termaktub adalah kerjasama kedua-dua belah pihak dalam melaksanakan projek yang berkaitan Keusahawanan Belia/Siswa, mengembangkan latihan berasaskan persijilan, Kurus Pendek dan pembangunan Keusahawanan Digital. Selain itu, Akademi usahawan Mikro AUM akan memberi sokongan dan galakkan dalam membantu para pelajar dari Multimedia University (MMU) dalam bidang Latihan Industri dan perbincangan di kalangan pemain IKS, pakar industri & pihak Universiti juga.

Dalam ucapan beliau, Tuan Tuan Abd Azharee Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro (AUM), beliau menegaskan bahawa, “AUM juga ingin berkongsi pengalaman dalam membangunkan Keusahawanan Siswa, Start-up & Keusahawanan Digital di samping kerjasama dalam perbincangan berdasarkan industri. Pengalaman AUM untuk Pitch di pertandingan Start-up di peringkat antarabangsa dapat memanfaatkan Usahawan Siswa dalam bersedia bertemu bakal pelabur juga”.

Selain Akademi Usahawan Mikro AUM, majlis itu juga disempurnakan dengan ucapan daripada Tuan Yu Peng Chian, Presiden Kelab Startup Melaka & Tuan Terry Swee, Pengasas Wonson Sdn Bhd serta dan diakhiri dengan sesi bergambar semua hadirin.

@go2aum @edc_mmu @mmumalaysia @fom.

View On Facebook
Turn your Facebook Page into a website, instantly.

Try now for 14 days FREE

No credit card required, unsubscribe at any time. pagevamp.com