NEWS
Back To News
MENDIGITALKAN USAHAWAN ASNAF SECARA VIRTUAL

Dec 8, 2020



Alhamdulillah dalam beberapa hari minggu lepas Akademi Usahawan Mikro AUM berjaya menjalankan beberapa sesi kelas secara Virtual bersama dengan Sahabat Usahawan Asnaf untuk belajar bagaimana mendigitalkan perniagaan mereka masing-masing.

Kami berasa sangat bersyukur dan teruja kerana semangat mereka yang sangat jitu untuk memastikan mereka boleh setanding dengan usahawan-usahawan yang lain.

Walaupun ramai daripada mereka belum lagi berada dalam dunia digital secara keseluruhannya, namun dengan dorongan dan semangat yang diberikan mereka berani untuk mencuba semua platform digital untuk mempromosi perniagaan masing-masing baik dari aspek produk atau perkhidmatan.

Kami di Akademi Usahawan Mikro AUM bersyukur kerana walau pelbagai rintangan yang mereka telah lalui mereka terus kekal utuh dan bersemangat belajar sesuatu yang baru dan ini menjadi inspirasi kepada semua Usahawan PKS yang lain.

Semangat yang mereka tunjuk dalam proses pembelajaran sangat memberi satu inspirasi kepada kami untuk terus meneruskan proses mendigitalkan dan Usahawan Mikro terutamanya golongan Asnaf.

Walaupun yang dipelajari sangat-sangat asas namun ia memberi satu lonjakan paradigma yang baik kepada mereka untuk memastikan mereka tahu betapa pentingnya ekonomi digital dalam mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan dan meneruskan hidup sebagai seorang pembayar zakat suatu hari nanti.

Doakan kami untuk meneruskan perjuangan Ini demi membantu Usahawan Mikro dan Usahawan PKS seluruh negara dalam menambah pendapatan dalam bentuk ekonomi digital.

Terima kasih dan tahniah kepada penganjur bersama dengan kerjasama Akademi Usahawan Mikro AUM.

Semoga ilmu yang kami sampaikan bermanfaat dan kami menanti untuk bertemu dengan lebih ramai usahawan Asnaf pada 2021 nanti.

#AumMengaum #Digasto #DigitalIsNow

View On Facebook
Turn your Facebook Page into a website, instantly.

Try now for 14 days FREE

No credit card required, unsubscribe at any time. pagevamp.com