NEWS
Back To News
PERNIAGAAN SEDANG 'TENAT', BERHENTILAH BERPOLITIK SEKETIKA - AZHAREE WAHID

Oct 22, 2020



Afiezy Azaman

Oktober 20, 2020 11:23 MYT

Peniaga kecil dan Sederhana (PKS) terkesan dengan COVID-19. -Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: "Jika krisis COVID-19 yang besar ini tidak boleh menyatupadukan kita, apa lagi yang diperlukan untuk semua pihak berbuat demikian?"

Itu luahan Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro (AUM), Azharee Wahid yang menyeru semua pengamal politik tidak kira parti untuk bersatu dan melihat kepada permasalahan dihadapi peniaga kecil dan sederhana (PKS) di seluruh negara yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Saya mohon merayu kepada semua ahli politik yang bijaksana di luar sana, kalau boleh duduklah bersama. Pandang semula asas dalam politik dan balik kepada ‘political, economy and social responsibility’.

“Kita faham tanggungjawab pengamal politik dan rakyat memerlukan pimpinan yang baik untuk hala tuju PKS dan negara menjadi lebih baik,” katanya kepada Astro AWANI dalam program Awani Pagi, pada Selasa.

Beliau mengulas mengenai polemik politik tanah air negara sejak kebelakangan ini yang dilihat lebih banyak dibincangkan berbanding keperluan rakyat dan PKS.

Azharee menyarankan ahli politik agar bersatu padu tidak mengira parti ketika krisis pandemik kerana negara memerlukan pemimpin yang boleh bergerak ke hadapan dalam perang melawan COVID-19.

“Tidak kisah anda datang daripada parti politik mana, sebab rakyat perlukan anda untuk memacu tentang bagaimana negara boleh ke hadapan untuk berperang dengan COVID-19," katanya lagi.

Petikan dari artikel oleh Astro Awani:

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perniagaan-sedang-tenat-berhentilah-berpolitik-seketika-azharee-wahid-264330

View On Facebook
Turn your Facebook Page into a website, instantly.

Try now for 14 days FREE

No credit card required, unsubscribe at any time. pagevamp.com