NEWS
Back To News
SELERABAZAAR.

Apr 15, 2020

COM FIRST ORDER! 🙌🤩

Alhamdulillah selesai tadi penghantaran tempahan pertama untuk Selerabazaar.com di kawasan Shah Alam.

Seronok Usahawan Penjaja Makanan yang berjaya “memecahkan telur 🥚“untuk menjadi PENJAJA PERTAMA mendapat tempahan!

Tahniah #TEAMAUM & semua Usahawan Penjaja-Penjaja yang kami bimbing sepanjang PKP ini atas semangat ✊ yang tidak pernah luntur walaupun bisnes masing-masing yang hampir "gulung tikar".

Terharu rasanya kami bila Usahawan Penjaja ini rasa teruja & gembira bila berjaya kembali mendapat sedikit pendapatan setelah hampir berminggu tiada pendapatan atau pendapatan yang diperoleh sangat-sangat terhad.

Doakan agar kami di Akademi Usahawan Mikro AUM terus tabah menghadapi cabaran Krisis Covid-19 ini dan juga terus bersemangat untuk membantu Usahawan Penjaja di Selangor sekitar untuk terus survive dalam cabaran ini.

Kepada yang tinggal di Shah Alam, Subang Jaya & Petaling Jaya, jemputlah support mereka ini dengan menempah makanan di Selerabazaar.com.

Terima kasih semua! 🙏😍

#AumMengaum #SeleraBazaar #SapotLokal

View On Facebook
Turn your Facebook Page into a website, instantly.

Try now for 14 days FREE

No credit card required, unsubscribe at any time. pagevamp.com