NEWS
Back To News
SUDAH-SUDAHLAH MENJUAL KAT MELAYU JE!

Dec 19, 2020



Salaam semua. Alhamdulillah lately ni saya dah peluang untuk Coaching beberapa Usahawan dari seluruh negara. Ada yang jual ikan bilis, ada yang jual pakej perkahwinan, ada yang jual perfume ada yang jual kopi dan macam-macam lagi lah.

Cuma saya teringat pada tahun 2018 dulu, seorang Usahawan ni, selalu jumpa saya bila mana ada peluang untuk Coaching 1-1 dengan saya. Walaupun saya bukanlah "Cikgu", dia selalu suka panggil saya cikgu. Hehe.

Alkisah satu hari beliau jumpa saya untuk Coaching. Seperti biasa banyaklah soalan dan cabaran yang beliau kongsikan pada saya, sebagai pendengar saya pun mendengar lah dengan sebaiknya. Tetapi yang paling menarik bila kita orang bincangkan pasal market, mana beliau nak jual, mana nak cari customer.

Antara perbincangan kami masa tu,

Saya: Puan, Puan rasa popia gunting puan ni, patut letak Kat mana kalau nak jual?

Usahawan: Cikgu, saya rasa saya kena jual Kat kedai-kedai la Cikgu.

Saya: Kedai yang macam mana?

Usahawan: Kedai makan kot. Letak Kat Cashier counter depa.

Saya: OK kedai makan, bagus idea tu Puan. Napa kata nanti Puan cari 100 kedai sekitar rumah Puan ye. Tengok je Google maps tu ataupun gi jalan-jalan cari siapa owner dia.

Usahawan: OK cantik tu Cikgu. Kita cari semua kedai Melayu lah kan?

Saya: Awat pulak kedai Melayu je? Kedai bukan Melayu x boleh ke?

Usahawan: Eh, boleh ke Cikgu? Nanti apa lak orang kata? Kalau kedai tu jual Babi camne pulak? Nanti depa ingat popia saya ni tak halal lak. Bahaya tu Cikgu.

Saya: Allahuakbar, itu kedai tu yang jual babi, popia Puan ada letak babi ke? So apa masalahnya Puan? Popia Puan ni Melayu je ke yang makan? Bukan Melayu x makan popia?

Usahawan: A ah ek. Betul jugak Cikgu. Aduyai selama ni saya dok pikir jual kat Melayu je Cikgu. So lepas ni semua saya letak Kat semua kedai Melayu, Cina, India lah kan? Baru besar market kan Cikgu.

Saya:.... Ha, tau takpe.... Jangan lupa kedai Acheh, Bangla, kedai Nepal semua lah.. 😉

So, moral of the story, kalau nak berniaga tu, tak payah le nak pikir nak jual Kat Melayu je. Buatlah produk Melayu, produk Muslim, penuh dengan halal certification semua. Tapi, kalau sesuai dengan market, juallah pada yang bukan Melayu juga.

Kalau kita dok pikiaq nak jual Kat Melayu je, nak export ke China macam mana? Kat export ke Zimbabwe macam mana? Nak jual Kat Ukraine macam mana?

Sudah-sudahlah jual Kat Melayu je, kita ni dah masuk 2021 dah. Kalau kena pada market nya, juallah pada bukan Melayu juga, juallah pada Bukan Muslim juga. Janji produk kita berlandaskan shariah, berlandaskan Islam. Tak salah kan?

Ingat pesan saya, "Think Local, Act Global!"

Hangpa kongsikan lah sharing saya yang tak seberapa ni. Moga bermanfaat naaaaa..

Salaam sayang buat semua. Semoga kita lebih tabah menghadapi 2021 yang bakal berkunjung tiba... 😍😍😍

Nukilan ikhlas,
Azharee Wahid
Akademi Usahawan Mikro
@Kuala Lumpur di ambang 2021

View On Facebook
Turn your Facebook Page into a website, instantly.

Try now for 14 days FREE

No credit card required, unsubscribe at any time. pagevamp.com